Importing/Exporting Goods |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Barang-barang boleh diimport atau dieksport melalui jalan darat, udara atau laut tetapi hanya di tempat-tempat yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Peraturan-Peraturan Kastam, 1977. Antara tempat-tempat tersebut ialah:- Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA)
Pelabuhan
Jalan Raya
Keretapi
Semua barang yang hendak diimport atau dieksport sama ada berduti import/eksport atau tidak, mesti diikrar secara bertulis dalam borang yang ditetapkan. Borang Kastam No. 1 untuk barangan import dan Borang Kastam No. 2 untuk barangan eksport. Borang pengakuan hendaklah siisi dengan penuh dan lengkap serta memberikan maklumat yang benar berkaitan dengan perihal bilangan dan keterangan bungkusan-bungkusan/peti-peti-peti, keterangan mengenai nilai, berat, ukuran, kuantiti dan jenis barang-barang. Adalah perlu dinyatakan negara asal barang-barang import berkenaan. Begitu juga barang-barang yang dieksport, perlu dinyatakan negara penghantaran yang terakhir. Borang-borang kastam yang telah sempurna hendaklah dikemukakan kepada stesen kastam di tempat barang-barang itu akan diimport atau dieksport. Di bawah proviso Akta Kastam 1967 pengimport-pengimport dan pengeksport-pengeskport dibenarkan melantik mana-mana ejen untuk bertindak bagi pihak mereka dengan syarat ejen-ejen berkenaan telah terlebih dahulu memperolehi kelulusan dari Ketua Pengarah Kastam untuk kerja-kerja pelepasan kastam. Permohonan perlantikan ejen-ejen yang sah hendaklah dikemukakan kepada stesen kastam di tempat barang-barang itu akan diimport atau dieksport. Kelulusan berasingan tidak perlu diperolehi untuk mengendalikan kerja-kerja pelepasan kastam bagi tiap-tiap satu stesen kastam. Misalnya, kelulusan yang diberi untuk mengendalikan kerja-kerja pelepasan kastam di Johor Bahru bermakna kelulusan itu boleh digunakan di semua stesen-stesen kastam di negara ini dengan syarat Pengarah Kastam Negeri dimaklumkan.
Duti-Duti Semua duti/cukai kastam yang dikenakan atas barang-barang yang diimport hendaklah dibayar terlebih dahulu sebelum barang-barang itu boleh dilepaskan. Semua duti eksport yang dikenakan handaklah dijelaskan terlebih dahulu sebelum barang-barang itu dibenarkan untuk dieksport. Duti-duti yang dilevikan ke atas mana-mana barang-barang yang diimport ke negara ini adalah terdiri dari:-
Kadar-kadar duti import adalah berbeza mengikut jenis barang yang diimport. Kadar duti yang dikenakan bagi tiap-tiap satu jenis barang yang diimport sedia dinyatakan di ruangan (4) dan (5) Jadual Pertama kepada Perintah Duti Kastam 1996. Barang-barang yang diimport sungguhpun tidak dikenakan duti import mungkin dikenakan cukai jualan.
Kadar Cukai Jualan yang dilevi ada dinyatakan dalam Perintah Cukai Jualan 1977. Cukai Jualan mempunyai tiga jenis kadar iaitu: 5%, 10% dan 15% yang dilevikan ke atas semua barang yang diimport selain daripada barang-barang yang tersenarai dalam Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980 yang dikecualikan daripada bayaran cukai jualan. Golongan barang yang dikenakan cukai jualan sebanyak 15% adalah terdiri dari:-
Selain dari barang-barang yang tersenarai di atas (i), (ii) dan (iii) dan dari golongan yang dikecualikan di bawah Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980, cukai jualan yang dikenakan adalah sebanyak 5% atau 10%. Bagi barang-barang yang diimport, cukai jualan adalah dikira dan ditaksir:
Ruangan (5) Jadual Pertama kepada Perintah Duti Kastam 1996 menunjukkan kadar duti eksport yang dikenakan ke atas sesuatu jenis barang yang dieksport. Perkataan "Nil" yang tercatat di ruang (4) dan (5) Jadual Pertama kepada Perintah Duti Kastam 1996 bererti tidak ada sebarang duti import atau duti eksport yang dikenakan ke atas barang-barang yang diimport atau dieksport.
Berdasarkan kepada Agreement On The Common Effective Preferential Tariff (CEPT) Scheme for The Asean Free Trade Area (AFTA), satu skim Tariff Keutamaan Sama Rata (CEPT) telah diwujudkan bagi negara-negara Asean. Ekoran dari persetujuan tersebut satu perintah CEPT yang dinamakan Perintah Duti Kastam (Barang-Barang Berasal Dari Negeri-Negeri ASEAN) (Tarif Keutamaan Sama Rata) 1995 telah dikeluarkan yang mula berkuatkuasa pada 1.1.1995. Dalam Perintah CEPT, ruang (2) Jadual Kedua adalah senarai barang-barang yang ditawarkan di bawah Skim CEPT. Duti CEPT yang ditetapkan seperti di ruang (3) dalam Jadual yang sama. Pengimport-pengimport yang mengimport barang dari negara-negara ASEAN layak membayar kadar duti CEPT sekiranya syarat-syarat berikut dipenuhi:-
Permohonan Lesen Import/Eksport Lesen Import/Eksport adalah dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Pemohon-pemohon boleh mengemukakan permohonan mereka kepada kepada:
Permohonan lesen import hendaklah dikemukakan dalam borang J.K. 69. Tiada borang khas yang dikehendaki bagi lesen eksport. Bagaimanapun pengeksport dikehendaki memenuhi dengan lengkap Borang Kastam No. 2 dan mengemukakannya kepada pihak yang berkenaan. Jika permohonan diluluskan, Borang Kastam No. 2 yang dikemukakan akan diendos oleh pihak berkuasa.
Pengecualian Dari Duti Kastam Dan Cukai Jualan Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980 mengecualikan beberapa orang/ organisasi daripada pembayaran duti kastam dan cukai jualan atas barang-barang tertentu yang diimport oleh mereka tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
Kuasa Mengecualikan Duti Kastam Dan Cukai Jualan Seksyang 14 kepada Akta Kastam 1967 dan Seksyen 10 Akta Cukai Jualan memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk mengecualikan orang-orang/ organisasi-organisasi yang spesifik atau berang-barang tertentu daripada dikenakan bayaran duti kastam dan cukai jualan.
Taksiran Ke Atas Harga Barang-Barang Bagi maksud menentukan duti kastam yang dikena bayar mengikut asas atas nilainya, barang-barang yang diimport atau dieksport akan ditaksir mengikut takrif nilai di bawah Seksyen 2 kepada Akta Kastam 1967. Secara ringkas yang tersebut dalam takrif ini ialah harga jualan barang-barang berkenaan secara terbuka di pasaran bebas oleh penjual kepada pembeli yang tiada ikatan perniagaan dengannya. Sekiranya penjual menjual atau menawar untuk menjual barang-barang kepada pembeli bebas, harga jualan itu akan diterima sebagai harga pasaran bebas. Sebaliknya jika penjual tidak menjual barang-barangnya di pasaran di pasaran bebas, tetapi menghadkan jualan kepada ejen-ejen, pengedar-pengedar tunggal atau syarikat-syarikat bersekutu maka jualan ini tidak boleh diteima dengan sah sebagai harga pasaran bebas dan terpaksa diubahsuai selaras dengan takrif nilai berkenaan. Harga-harga yang diubahsuaikan (ataupun penaikan harga) akan mengambil kira hubungan antara penjual dan pembeli dan juga syarat-syarat dan peraturan-peraturan penjualannya. Kuasa untuk menilai ataupun menaksir barang-barang diperuntukkan di bawah Seksyen 13 kepada Akta Kastam 1967. Semua pertanyaan mengenai penilaian dan penaksiran barang-barang atau perihal pengubahsuaian harga-harga (penaikan harga) atas barang-barang yang diimport oleh ejen-ejen, pengedar-pengedar tunggal atau syarikat-syarikat bersekutu hendaklah diarahkan kepada:-
Semua barang yang diimport dan dieksport dari negara ini semestinya diperjeniskan dengan tepat berdasarkan kepada nombor-nombor kepada tarif kastam Malaysia yang sedia dirunjukkan dalam Perintah Duti Kastam 1996. Semua pertanyaan mengenai penjenisan barang-barang yang diimport atau dieksport seharusnya diarahkan kepada stesen kastam melalui mana barang-barang berkenaan akan diimport atau dieksport, dengan menggunakan contoh (jika boleh) dan risalah-risalah yang berkaitan. Butir-butir berikut haruslah juga dipenuhi:-
Sekiranya sesuatu pertelingkahan pendapat antara pihak kastam dan pengimport/pengeksport berlaku berhubung dengan penjenisan yang tepat bagi barang-barang yang diimport/eksport, perkara tersebut akan dirujukkan oleh stesen kastam yang berkenaan kepada:-
Pengarah untuk mendapat fatwa muktamad. Di bawah Seksyen 22 Akta Kastam 1967, persoalan bagi barang-barang penjenisan akan diputuskan oleh Ketua Pengarah kastam. Pengimport-pengimport, pengeksport-pengeksport dan ejen-ejen penghantaran adalah dinasihatkan supaya membeli Explanatory Notes To The Nomenclature (4 jilid) dan Index To The Nomenclature And The Explanatory Notes (2 jilid) daripada:
Nota-nota ini akan membantu mereka dalam memperjeniskan barang-barang kerana nota-nota tersebut tidak terkandung dalam perintah Duti Kastam 1996.
Pulangbalik, Ambilanbalik Dan Remitan Seksyen 16 Akta Kastam 1967 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kastam mentimbangkan permohonan pulangbalik apa-apa wang yang terlebih bayar sebagai duti kastam atau bayaran sewa gudang atau bayaran-bayaran lain yang dikenakan di bawah Akta tersebut sekiranya tuntutan mengenainya dibuat secara bertulis dalam tempoh masa satu tahun berlakunya pembayaran wang yang berlebihan itu. Seksyen 18 Akta Kastam 1967 menetapkan bahawa setelah barang-barang dilepaskan daripada kawalan kastam, tiada pengurangan duti kastam boleh dibenarkan atas barang-barang berkenaan oleh kerana kerosakan atau kerana sesuatu tuntutan bahawa beratnya, sukatannya, isipadunya atau nilainya sebagaimana yang diputuskan oleh pegawai yang yang hak bagi maksud menentukan duti kastam atas barang-barang itu, adalah tidak betul melainkan jika notis secara bertulis mengenai tuntutan itu telah diberi pada masa atau sebelum barang-barang itu dilepaskan dari kawalan kastam. Setelah mana-mana barang-barang dilepaskan daripada kawalan kastam tiada apa-apa pengurangan duti eksport boleh dibenarkan atas mana-mana barang-barang disebabkan kerosakan, kecurian atau kehilangan. Seksyen 93 kepada Akta Kastam 1967 membenarkan ambilanbalik sebanyak 90% daripada duti kastam yang telah dibayar atas barang-barang yang telah diimport tetapi dieksport semula tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Di bawah peruntukkan Seksyen 99 Akta Kastam 1967 barang-barang yang diisytiharkan menjadi barang-barang mengenainya pulangan cukai boleh dibenarkan, jika barang-barang itu dieksport dari Persekutuan sebagai sebahagian atau ramuan bagi barang-baang yang dikilang dalam Persekutuan dan duti kastam telah dibayar atas barang-barang itu dan barang-barang yang berkenaan dieksport, maka Ketua Pengarah Kastam boleh membenarkan tuntutan ambilanbalik duti yang telah dibayar mengikut kadar yang ditetapkan. Di bawah peraturan yang diamalkan sekarang tuntutan ambilanbalik sebanyak 100% atas duti kastam yang telah dibayar adalah dibenarkan. Pekilang-pekilang yang ingin menikmati kemudahan ini hendaklah terlebih dahulu memperolehi kelulusan dari Jabatan Kastam. Permohonan-permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Kastam Negeri yang berkenaan. Di bawah peruntukkan Seksyen 92A Akta Kastam 1967, takrif eksport semula yang dipakai di bawah Seksyen 93, 94 dan 99 Akta Kastam 1967, adalah termasuk pergerakan barang-barang ke gudang-gudang berlesen yang dilesenkan di bawah Seksyen 65A Akta Kastam 1967 dan kedai bebas cukai yang dilesenkan di bawah Seksyen 65D Akta yang sama. Ketua Pengarah Kastam boleh meremit kesemua atau sebahagian duti kastam oleh kerana kemalangan yang tidak dapat dielakkan sekiranya barang-barang yang berkenaan itu hilang, rosak atau musnah pada bila-bila masa selepas ketibaan di Persekutuan dan sebelum pelepasan dari kawalan kastam. Pada lazimnya, barang-barang yang disimpan dalam gudang berlesen didapati kurang tanpa keterangan-keterangan yang munasabah, pelesen gudang boleh dianggap telah memindahkannya tanpa sebarang kebenaran dan dipertanggung jawabkan membayar duti kastam atas barang-barang yang didapati kurang itu. Walaubagaimanapun Ketua Pengarah Kastam boleh meremitkan kesemua atau sebahagian duti kastam atas barang-barang yang didapati kurang jika ia berpuas hati bahawa kekurangan itu disebabkan oleh kebocoran, pecahan atau kemalangan lain yang tidak dapat dielakkan.
Seksyen 97 kepada Akta Kastam 1967 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kastam membenarkan barang-barang diimport sementara tanpa pembayaran duti kastam dengan syarat cagaran bernilai tidak kurang daripada duti kastam yang terlibat atas barang-barang itu dikemukakan atau dengan ikatan jaminan sebagaimana yang diluluskan oleh pegawai kastam yang tertentu. Hanya surat-surat jaminan yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan boleh diterima sebagai cagaran. Kemudahan import sementara tanpa duti juga diberi secara khas; melalui butiran-butiran 21, 21A, 52, 58, 65, 67, 114, 118 dan 119 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988, manakala cukai jualan pula diberi di bawah butiran-butiran 21, 29, 56, 62, 71, 73, 82, 94, 95 dan 96 Jadual B Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980. Pengimportan sementara mesin-mesin/ alat-alat untuk tujuan melaksanakan projek hanya diberi kepada syarikat-syarikat tempatan atau syarikat-syarikat kongsi/ kerjasama yang mempunyai pegangan saham tempatan terbanyak sekurang-kurangnya 51% (joint venture companies with majority (at least 51%) local shareholders), yang melaksanakan projek-projek kerajaan sahaja dengan syarat:-
Permohonan-permohonan import sementara hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pengarah Kastam Negeri di mana dagangan diimport untuk kelulusan. Kelulusan diberi bagi tempoh tiga bulan dan permohonan lanjutan tempoh tidak akan dipertimbangkan kecuali dalam tempoh tertentu. Permohonan lanjutan perlu dikemukakan kepada pihak yang meluluskan permohonan pengimportan sementara tersebut. Pengimportan barang-barang kemas untuk tujuan pameran dibenarkan mendapat kemudahan import sementara, dengan syarat pameran itu dibuat di dalam kawasan "bonded".
Kenderaan van berkunci boleh diluluskan oleh Jabatan ini bagi mengangkut barang-barang berduti tanpa membayar duti terlebih dahulu. Van-van berkunci boleh digunakan bagi tujuan seperti berikut:-
Permohonan-permohonan untuk mendapat kelulusan van berkunci hendaklah dikemukakan kepada stesen kastam yang berkenaan.
Waktu-waktu biasa pejabat-pejabat dan gudang-gudang kastam dibuka kepada awam untuk urusan adalah seperti ditunjukkan di Bahagian II kepada Peraturan Kastam 1977. Waktu kerja biasa boleh dilanjutkan tetapi tertakluk syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Bahagian II Peraturan 4 kepada Peraturan Kastam 1977.
Buku-buku perundangan dan peraturan seperti yang dinyatakan di bawah ini:-
boleh diperolehi dari Percetakan Nasional Malaysia Berhad., Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur atau penjual-penjual buku yang bertaulih. |